Dah lama betul tak post apa2 kat blog ni,entah apa yang aku buat selama sebulan....hidup dalam dunia yang kelam kabut,terkejar-kejar dan serba serbi tak kena.......
Tak tau nak mula dari mana,rasa semuanya bercampur-aduk,bosan,tension,sedih dan speechless.
Mungkin inilah yang dikatakan ketegangan emosi dan kecelaruan minda yang membuat orang jadi tak tentu arah.Ada banyak sebab kenapa aku jadi camni tapi yang paling nyata sebabnya bila hubby telefon n cakap ada bad news......dah agak mesti pasal dia tak dapat posting kl .
Aku yang terlampau berharap hubby akan posting dan telah diberikan harapan palsu bahawa dia akan balik n tinggal bersama semula.Maka bila mendapat berita buruk itu aku terus jadi blur dan tension...speechless.Hubby ku yang selama ini macam cool rupanya berubah dan sangat down...Aku yang selama ini macam kuat semangat dan sabar rupanya terus terduduk dan tak tau nak buat apa.
...Apa diharap padi seberang,entah berbuah entahkan tidak.......Aku jadi tidak percaya pada sesiapa yang sepatutnya melakukan sesuatu untuk membantu hubby posting ke kl.Mula2 macam ok tapi akhirnya ini yang aku dapat.Aku dah taknak menaruh apa2 harapan lagi,hubby pun sama..dia dah give up dan tak mau pikir apa2...sebab tambah semak kepala otak.Buat pertama kali dalam 15 tahun kami kawin dia jadi hopeless dan hilang keyakinan diri.Aku tau hubby memang seorang yang komited bila menjalankan tugas2nya,dia tau sumer keja siap n sempurna tanpa ada alasan remehtemeh tapi dari satu sisi lain aku tidak setuju bila dia tak pandai PR dengan boss,dia tak tau bodek apalagi nak kipas2,dia memang ego n tak tau nak ambil hati orang
Aku dah hidup dgn dia 15 tahun ,aku kenal hubby ku macam mana orangnya so bila dia tak tau nak pleased people around him orang tak noticed apa yang dia buat selama ni.Aku dah bagitau kena jadi hipokrit sesekali dalam hidup ni,memang ada banyak benda yang kita tak suka atau menjadi prinsip takkan tunduk menyembah orang tapi kalau dah terpaksa jadilah hipokrit,ramai yang tak perasan terpaksa berlakon n pura2 suka satu perkara padahal hakikat sebenarnya memang menyampah dan menyumpah dalam hati tapi apa nak buat dah itu resmi hidup,tak bodek tak dapat...!!
Hubby ku memang keras kepala so inilah yang dia dapat....tak dipedulikan dan orang tak heran pun.Aku tak nak lah cakap padan muka kat dia tapi memang patut dia kena kali ni sebab prinsip yang dia percaya tu dah tak laku !!Orang memang pandang sebelah mata kat kita kalau kita tak show off dan hipokrit,macam mana sempurna pun buat kerja kalau tak bodek boss sapa nak pandang.Prinsip ni dah tak laku,matlamat yang menghalalkan cara ...sanggup buat apa saja demi hajat dan matlamat termasuklah menikam sahabat dari belakang,bermuka2 dan berlakon baik.
Aku dah lama faham sepakterajang ni,kalau kita tak buat ada ramai yang buat jadi kitalah yang rugi...dek sebab pertahankan prinsip melepas hajat dihati..Puas aku cakap kat hubby aku tapi dia taknak dengar so inilah hasilnya!!! Lepas ni dia pun dah giveup ,malas nak kerja lagi dan aku yang susah hati macam mana nak buat untuk pujuk dia
Aku pun dah tak tau nak cakap apa kat hubby sebab dia tengah down dan hilang keyakinan diri.Tiba2 dia balik sini ,jelas nampak kat muka dia betapa stressnya dia dan aku hanya berdoa tak ada apa yang buruk berlaku kat dia sb dia dah memang ada darah tinggi ,kalau dia stress memang aku risau.Seminggu hubby ku cuti dan duduk rumah,aku cuba bersikap positif dan tak tanya apa2 kat dia,aku masak apa yang dia nak makan dan dia bawak kami semua pergi Port Dickson untuk celebrate harijadi aku dan Shasha .
Aku tengah berusaha lagi untuk mencari jalan bagaimana untuk selesaikan masalah ini,aku tak nak berfikir negatif dan aku percaya ALLAH menduga aku dan suami kerana DIA sayang dan akan diberikan yang lebih baik selepas ini...amin.
YA ALLAH ,BERILAH AKU PETUNJUK DAN KETENANGAN FIKIRAN ,KEKUATAN IMAN DAN AKU BERSERAH PADAMU AGAR ADA JALAN KELUAR DAN PENYELESAIAN.HANYA ENGKAU TEMPATKU MEMOHON ......AMIN YA RABBAL ALAMIN
