Saturday, February 27, 2010

BALIK KAMPUNG

SALAM... bulan Feb ni ada banyak cuti,CNY cuti 3 hari,Maulidur Rasul pun cuti dan cuti jadi lebih banyak sebab campur cuti hujung minggu lagi.Biasanya kalau cuti ramai orang akan plan macam2,pergi bercuti dan berjalan-jalan bersama keluarga tapi yang paling seronok adalah BALIK KAMPUNG!!!!
Kampung i dekat jer...ha ha kat Gemencheh je.Lebih jelas nama kg i Kg Air Gelugur.Gemencheh ,N.Sembilan.Kalau drive dari Lavender Height ni tak sampai 2 jam dah sampai kg i tapi ikut highway 1 jam lebih jer.Tapi bila dah kawin ni i dah ada 2 kampung pulak ,mestilah kg my hubby kan ,kampung my hubby kat Senggarang ,Bt Pahat Johor.I memang selalu balik kampung sebab i memang suka balik kampung yalah sapa tak suka balik kampung kan kalau ada yang tak suka tu alamat dah ada fius yang putus!Bila balik kampung ni macam2 aktiviti yang i suka buat sebab emak i tu kan geng kamcing i jadi banyakla plan yang tak payah nak plan pun sebab tiba2 jer nak pi sana sini pi aje.Tambah seronok sebab my hubby tak ikut balik kampung kali ni sebab dia tak balik sebab ada kerja lagipun dia baru balik minggu lepas.Mesti korang ingat i jahat kan sebab seronok bila my hubby takda minggu ni... bukan cam tu lah sebenarnya i seronok sebab bila my hubby takda i boleh plan macam2 dengan emak ,kalau my hubby ada leceh sikit sebab dia tak suka merayap macam kitorang!
I balik kampung sebab nak hantar emak , dah 2 minggu emak duduk kat rumah i ni so i kenalah hantar dia balik sebelum dia merusuh!Emak i tu mana boleh duduk lama2 kat sini ,dia boring lah sebab tak dapat pi kebun dan tengok anak ayam dia.Hari khamis petang i dah bertolak balik ,tak sangka petang tu hujan lebat so i drive agak slow jadi sampai kampung dah malam jugak tapi anak2 i tidur jer dalam kereta,emak jer yang berborak dengan i so taklah mengantuk.Sampai kampung dah malam so lepas makan tidur jer lah.
Hari jumaat tu bermulalah aktiviti2 i dengan emak,pagi2 tu kakak i dah bising kejut anak bujang dia bangun bawak ayam pi sembelih.Rupanya ayam jantan emak berlaga sesama dia dan yang kalah tu dah separuh nyawa jadi takkan nak biar mati lebih baik sembelih dapat i makan ayam kampung!Tapi yang kelakarnya takda orang lelaki pulak sebab depa semua dah pi kenduri jadi terpaksalah anak bujang kakak i sembelih ayam tu ha ha i pun tak tengok sebab i pun takut. Bila dah sembelih i pun ajak emak pi pasar sebab i tak suka nak cabut bulu ayam tu ,i kan dah biasa beli ayam kat Giants mana ada bulu jadi i bawak pi pasar cabut bulu dan siap siang sekali so senang la i nak masak nanti.Masa kat pasar tu i dengan mak sarapan dulu sebab tak minum lagi kat rumah dan beli sarapan sekali untuk anak dara i yang tidur lagi kat rumah tu!
Balik rumah kitorang terus masak ,i memang dah lama nak masak lemak cili padi ,emak nak masak ikan singgang jer sebab dia tak makan ayam kampung,pelik orang kampung tak makan ayam kampung tapi i suka lah sebab boleh i makan banyak2 ha ha!Tapi i beli i jugak ayam sebab takut sapa2 sesat kat rumah emak cuti2 ni .Kan betul abang i balik dengan kakak ipar i so lagi seronok makan ramai2.Kakak i pi rumah orang kenduri ,dia pun balik bawak lauk kerbau wah bestnya dapat makan macam2 lauk.Tu yang seronok balik kampung macam2 dapat makan dan yang best fresh tak macam kat bandar semua dah frozen.
Ada macam2 aktiviti lagi yang i buat kat kampung selama 3 hari,seronok betul sebab dah lama tak enjoy macam ni.Pada sesiapa yang masih ada kampung tu balikl la selalu jenguk orang tua selagi mereka masih ada sebab nanti kalau dah takda sesiapa nak dijenguk mesti korang sedih dan menyesal.Ingatla kalau takda kampung takda lah bandar....
Sampai jumpa lagi.

No comments: