Wednesday, March 3, 2010

MASAK...MASAK...MASAK

SALAM...ari ni nak masak apa?Sebagai surirumah i selalu bingung bila nak masak,yalah dah hari2 masak i rasa macam dah takda resepi lain lagi nak masak.Selalunya pagi2 masa on the way antar anak pi sekolah i akan tanya anak2 apa depa nak makan tapi selalunya anak2 i senang jer jawabnya ayam masak merah atau ikan sweet sour.I memang dah jemu lauk ni tapi anak2 suka nak buat camna ?
Selalunya i pergi pasar seminggu sekali dan biasanya I akan pegi Giants samada hari Sabtu atau Ahad.Tapi sekarang ni I dah jarang sikit pi Giants sebab selain dari Giants dah ada Carrfoure,Econsave ,Familystore dan Tesco.Eh ..macam nak iklan hypermarket pulak I ni tapi yang sebenarnya i suka ada banyak hypermarket ni ,depa ni kan suka perang harga so hobi I la ni pagi2 beli paper tengok mana yang lebih murah i pegi lah!Tapi selalunya depa ni iklan je yang gah tapi bila pi nan ado....!Ada hypermarket tu taknak potong ayam,ada pulak taknak siang ikan ,ada yang time ramai bukak 2 jer kaunter bayar so kena pilih sapa yang bagi servis bagus.I bukan tak reti siang ayam dan siang ikan tapi leceh nak buat sendiri kat rumah sebab pisau kat rumah i tu tumpul belaka,nt hancur ayam kena cincang pulak.Lagi satu I beli untuk seminggu dan simpan dalam freezer jadi kalau dah siap siang senang terus cuci dan masak jer cuba bayangkan kalau ayam dah beku camna nak siang?
I sebenarnya suka masak simple macam western food tapi anak i tak makan,depa suka pizza jer tapi i suka makan spagheti atau fetuchini...ha jangan tak caya i terror masak western food.Kalau setakat nak makan spagheti carbonara tu anytime jer i masak dan i buat kuah sendiri tau ,tak main lah beli dalam tin punya!Lagi satu i suka makan salad kentang atau sayur2 sebab senang giler nak buat setakat potong2 dan tambah thousand island apalah susahnya.
Minggu lepas masa emak ada i seronok melayan selera dgn masakan kampung,i dengan emak salai daging,salai ikan keli masak dgn pisang muda fuyoo tak ingat dunia makan!Jiran sebelah sampai pelik kenapa berasap-asap belakang rumah rupanya emak menyalai ikan dan daging cara tradisional pakai sabut dan tempurung kelapa tu pasal la sedap .I takut gak kalau ada orang telefon Jabatan alam sekitar komplen kitorang buat pembakaran terbuka!
Seronok sebenarnya masak-masak ni macam kita main masak2 masa kecik dulu tapi sekarang ni dah takleh main2 la sebab nak bagi anak2 makan .Satu perkara yang i nak berkongsi dgn anda semua bila masak kita mesti ikhlas,jangan merungut penat dan masak dengan seronok sebab nanti bila orang makan semua gembira dan kenyang.Sampai sini dulu ....masak tau nak resepi tanya i kalau nak kenduri order kat i.

No comments: