SALAM....ari ni i nak pilih tajuk anak2 perempuan sebab pagi2 lagi anak2 perempuan i yang dua org tu dah buat i menjerit macam tarzan.Semua orang mesti suka dapat anak perempuan kan ,sampai ada yang sanggup makan macam2 benda pelik bila pregnant sebab nak dpt baby girl.Ada tu dah berderet anak lelaki sampai 7 pun sanggup mengandung lagi dapat baby girl baru tutup kedai.
Kata orang tua jaga anak perempuan lagi susah dari menjaga lembu 10 ekor,nape plak camtu kan jadi i pun nak share my view camna nak jaga anak perempuan ni.Cabaran hidup di zaman siber yang mana dasar langit terbuka di alam internet lebih memberi cabaran pada semua ibubapa dalam mendidik anak2.I pun mengaku sebenarnya i lebih risau bila anak2 perempuan i dah besar,bukan saja saiz badan dah sama besar dengan i tapi cabaran utk mendidik mereka adalah sangat besar.I ni fulltime housewife jadi setiap masa dengan mereka cuma masa depa pi sekolah baru i tak nampak depa ni.Sebagai ibu yang membesar di kampung cara i mendidik anak agak konservetif sampai anak2 i komplain nak buat apa pun tak boleh!Tambahan pulak my hubby always not around jadi i memang garang dan tegas bila mendidik anak2.I paling tak percaya bila anak2 i nak keluar dgn geng diorang sampai i jadi driver anak2 dan ikut mana jer depa pi.Setakat ini i rasa lega dan bersyukur sebab anak2 i memang anak2 yang baik .senang dikawal dan menurut cakap walaupun kadang2 mereka bengang dengan i yang garang ni.I memang garang sebab dulu i ex-english teacher,cikgu bahasa inggeris memang garang kalu tak budak siap homework!Anak2 i sampai cakap kat geng depa betapa garangnya i terutama dalam bab belajar ni.I kalau mengajar anak punyalah kuat mcm dalam kelas dan anak2 i paling takut kalu result exam depa ada B sebab B maknanya nak kena belasah dan segala kemudahan akan di tarik balik.Alhamdulillah setakat ni result anak2 i memang cemerlang cuma kengkadang subjek bukan teras dapat B itupun i dah menjerit macam tarzan.
Satu benda yang i rasa berkesan dalam mendidik anak2 adalah kalau kita tegas mesti tegas dari mula sampai akhir contohnya kalau kakak tak boleh adik pun sama,kita mesti adil jadi anak2 tak rasa tension.Anak2 sekarang akalnya banyak selagi dia boleh bodek kita macam2 alasan depa buat tapi i selalunya tak layan pun,so depa give up nak pujuk i.Lagi satu dalam mendidik anak kita mesti berkawan dgn anak2 kita,walaupun i garang tapi tapi anak2 tetap datang dengan i,diorang mesti bercerita apa saja dengan i dan i pulak seronok utk berkongsi cerita dengan anak2.I memang open minded dengan anak2 tapi kalu ada benda yang luar biasa depa buat sah2lah nak kena jerit!Sekarang ni i rasa i agak linient dgn anak2 bila ada benda yg abah depa tak agree i bagi green light,yalah orang lelaki ni jarang nak show off kasih sayang dgn anak2 jadi i sebagai ibu kena back up jugak anak2 ni tapi jangan silap back up pulak takut anak2 mua dgn kita.Masa sekarang terlalu pantas berlalu jadi kita kena penuhi dengan seronok agar kita tak menyesal nt suatu hari tiba2 anak kita dah nak kawin dan berpisah dgn kita.Walaupun i garang tapi i sangat rapat dengan anak2 i sampai anak i dpt masuk boarding school keluar semula sebab kami sama2 merindu tapi kalu PMR nanti dia dapat 8A I akan lepaskan dia pi asrama.
I bila bab mendidik anak perempuan ni memang garang terutama hal ehwal dapur.Kalau hari cuti i akan pastikan anak2 masuk dapur tolong i masak dan mengemas rumah .Satu benda yang buat i rasa seronok dan bangga anak2 i dah boleh harap buat keja rumah jadi kalu satu hari nanti depa kawin mesti mak mertua depa sayang sebab depa pandai buat kerja rumah selain dari pandai siapkan homework masa sekolah!Orang kata walau macam mana pandai pun orang perempuan ,walau jadi menteri tapi mesti masak untuk suami dan keluarga.
Lastly i nak share ,anak walau lelaki atau perempuan tetap perlu didikan dan kasih sayang yang sempurna dari kedua ibu bapa sebab bila berlaku sesuatu kesilapan ibu bapa yg akan dipersalahkan sebab tak pandai mengajar anak jadi renung-renungkan.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment