Wednesday, February 24, 2010

SERONOKNYA BILA MAK ADA.......

ASSALAMMUALAIKUM...Eh eh napa plak title ari ni macam ala-ala sendu la plak!Sebenarnya i nak berkongsi saat2 manis yang telah i lalui dalam hidup i bersama satu2nya insan yang sangat i kasihi iaitu my mother atau i panggil emak.I masih ada emak yang agak sihat walaupun beberapa tahun lalu emak i pernah patah tulang peha dan kesannya hingga sekarang dia berjalan terhencot2 sedikit dan agak lambat tapi tidak pernah menghalang emak i dari terus bergerak aktif.Emak memang tak tau duduk diam walaupun umurnya dah masuk 74 tahun tapi kudratnya masih kuat dan masih mampu membuat bermacam2 kerja seperti mencangkul ,bertanam sayur dan macam2 kerja kampung.I selalu risau dia akan sakit kalau dia hyperaktif sangat tapi penat i cakap dia buat tak tau je,jadi itulah sebabnya i kidnap dia bawak pi rumah i!
Emak i ni ibu tunggal ,abah i dah meninggal 4 tahun lepas .lepas abah meninggal i bawak emak duduk dengan i sebab i pun lebih kurang jer ngan dia ....i kan ibu tinggal bezanya my hubby ada balik weekend!Sebenarnya i lebih gembira bila emak duduk dgn i sebab hati i lebih tenang dan tak risau sebab dia ada depan mata tapi emak i lebih gembira tinggal kat kampung.Betul lah tu orang tua mesti nak jugak duduk rumah dia walau macam mana cantik pun rumah orang.Sebenarnya emak i taklah tinggal sorang kat kampung sebab kakak dan abang i pun tinggal kat rumah emak i.Sepatutnya i tak risau sangat tapi sebab i ni anak bongsu so kiranya i ni anak manja mak I lah,i tinggal dgn emak i dari kecik sampaila i beranak dua baru pindah rumah lain itupun sebab terpaksa ikut my hubby pindah KL.Masa pindah KL pun i angkut mak abah i duduk sekali ngan family i,mujur my hubby pun tak kisah dgn my parents sebab dia pun seronok gak dapat bermanja2 dgn parents i kadang2 tu dia plak lebih2 manja!
Masuk hari ni dah 2 minggu emak duduk rumah i,minggu lepas i bawak dia pi family day kat Gambang dia memang suka jalan2 dengan i tapi kali ni I kidnap dia lama sikit padahal dia dah bising nak balik kampung tapi pujuk bawak jalan2 dan cakap ari Jumaat ni baru nak antar dia balik kampung.Hari jumaat ni kan cuti Maulidur Rasul so i bolehla antar emak balik dan tidur kat kampung 2 hari.Lepas ni kitorang dah plan nak pi Langkawi plak ,ni i tengah survey tiket flight sebab letih nak drive sampai Kuala Kedah.
Sebenarnya ada lebih banyak cerita yang i nak kongsi dengan anda semua tapi mata dah mengantuk sebab petang tadi i bawak emak pegi merayau kat Carefoure ,dia nak beli kotak plastik besar nak buat simpan pinggan mangkuk kononnya tapi bila sampai je kat Carefoure tu macam2 benda yang dibelinya sampai penuh bonet kereta.Cuma i berkongsi detik2 manis ni dan untuk mengingatkan anda semua agar sentiasa menyayangi ibu kita sementara dia masih ada dan penuhi masa yang ada dengan membuat ibu kita gembira .Percayalah untuk mencari syurga senang jer,kalau nak hidup berkat pun senang jer....carilah dengan ibu kita.YA ALLAH YA TUHANKU ...SEMOGA EMAK PANJANG UMUR AGAR AKU DAPAT MEMBUAT DIA GEMBIRA DAN BAHAGIA SAMPAI BILA-BILA....AMIN.

No comments: