Assalammualaikum.....ha ha tetiba je terkeluar title tu.Pernah tak di kalangan korang yang ada sindrom macam i alami ni? Perkataan malas ni memang seronok utk kita bincangkan,cuba u all bayangkan kalu semua orang ada sindrom hari malas sedunia ni tentu kelam kabut semua orang kan! Malas ni memang satu penyakit kronik yg susah nak di ubat tapi ia boleh dikawal dgn akal fikiran yg waras.Semua orang ada penyakit malas ni tapi ramai yg berjaya mengatasinya,cuma sesekali tu ada orang yg tiba2 je rasa malas nak buat apa2 dalam satu hari.
I nak share dengan korang semua cerita hari malas sedunia yang i alami hari ni.Tanpa ada sebab i tiba2 malas nak bangun tido hari ni .Rasa nak baring dan tido je,taknak makan,minum ,mandi dan segala2nya malas!Ya ALLAH apa nak jadi dgn aku ni punyalah malas sampai anak nak pi sekolah pun kelam kabut.I dah kunci jam pukul 6 tapi malas nak buka mata ,i dengar azan dari surau tapi malasnya nak pi bilik air tapi terpaksa bangun jugak pi bilik air amik wudhuk tapi malas nak mandi .Tapi paling teruk solat subuh tak baca doa qunut sebab malas ....YA ALLAH ampunkan dosaku.
Anak i pi sekolah ari ni without breakfast sebab malas nak buat tapi i bagi duit lebih takut pulak lapar anak2 i tu.Bila dah malas tu semua benda jadi kelam kabut sebab semua jadi lambat dan paling tension bila keluar lambat jalan jammed barulah menyesal tapi dah lambat.....!Waaaaaaaaaa rasa nak jerit kuat2 nasib baik buka radio dengar suria ada Halim othman lagu pun best2 jadi hilang la tension jammed.Sebut pasal radio ni i memang suka dgr radio sume chanel i dengar tapi bila ada iklan je i tukar tapi lately ni i suka dgr suria sebab i minat Halim,ntah nape plak i suka kat halim ni tapi okla sebab dia ni tak merapu dan celoteh dia berilmu sikit.Lagu yg i suka dgr now lagu Nidji sang mantan.dan lagu hafiz noktah cinta .Ha ha hilang cerita malas dek penangan lagu Nidji ni !
Oops i nak sambung lagi cerita malas sedunia ni.Masa cuti CNY ari tu i amik my mother so now dia ada la kat umah i ni tapi yg kelakarnya mak i pun dapat sindrom malas ni !Paling best i dengan mak i bleh bergolek tido sampai kul 12.30 tengahari ...wah jangan tak caya i ada geng malas!Bila tengok jam dah kul 12.30 mula lah kelamkabut nak masak perut pulak dah lapar i n mak i boleh minum air milo cecah biskut balak!Tapi dalam malas2 tu kitorang berdua telah berjaya masak ikan goreng cili api dan sup sayur campur . Tak sangka berjaya juga i dan mak i masak ari ni tahniah2 puan Hamidah he he he!
Okay i dah nak tutup cerita malas sedunia ni so kesimpulannya walau macam mana malas nya kita dalam satu hari tu kena juga fikirkan orang2 yang berada di sekeliling kita kerana kalau kita malas banyak masalah akan timbul jadi sapa yang susah ?Kita dan orang2 tersayang juga yg susah so fikir2kan dan renung2kan.....selamat beramal!
Wassalam.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment