Thursday, April 29, 2010

20 TAHUN BARU JUMPA...........

SALAM...tajuk ari ni memang cukup touching ,tak sangka aku akan jumpa balik kawan2 lepas 20 tahun terpisah.Ewah macam la cite hindustan plak,sekolah,belajar,keja,kawin,pas tu jumpa balik tapi kitorang takdalah nyanyi2 tukar baju 18 kali !!!

Nilah yang best pasal FB ,dapat jmpa kengkawan lama zaman sekolah...bayangkan last jumpa tahun 86,ada 84 dan ada 88 ,Ya ALLAH bestnya bila jumpa ni kitorang peluk ,cium punyalah lama ,rasa nak nangis pun ada tapi malu ngan anak2 yang ngikut kan...Aku,sulina,rozie,lela dan mala jumpa malam semalam kat Bandar tun hussin onn cheras.aku n family drive dari seremban lepas asar dan sampai dah maghrib .Mula2 pi umah rozie ,lepas solat maghrib baru pi kedai.Opps rozie n hubby dia ada gerai murtabak singapore kat BTHO.Yang bestnya selama ni aku kalu pi muar mesti makan murtabak singapore tp tak tau tokeh nya hubby rozie so aku sanggup drive jauh2 bukan setakat nak jumpa kawan tapi sebab murtabak ...haha untung ada fb ,jumpa kawan ,jumpa murtabak.Hubby aku lagilah suka,dia memang hantu murtabak ,walaupun baru kuar hospital sanggup join aku demi murtabak!!

Aku masak gak bila nak jumpa geng lama,dah hobi masak lagipun hubby aku dah bising bagi hint nak makan mee bandung kat ulu bendul..kengkononnya sedap sangat .Aku memang hangin kalu hubby aku puji apa2 sedap kat luar ,apataknya dah bini IRON CHEF dia bulih puji kat ulu bendul,mau aku tak tercabar!!Aku masak mee bandung muo tapi aku kurangkan sikit peghabahnya bak kata org johor sebab hubby aku kena pantang kan seafood sb chenta kolestrol dia very high haha.Anak aku siap komplen tak sedap tapi aku bangga giler sebab sulina,rozie,mala,lela dan hubby masing2 sume suka so tak hilang lagi la skil iron chef aku tu.Sedang elok jecukup sebab aku tak sangka si sulina datang ,lela mula tak datang ta[i aku call dia datang tp dia balik cepat sebab ada hal.Si mala lagi best aku sms kata nak dtg umah rozie dia ckp mungkin tp aku cakap bawak mee bandung terus confirm...dah tu bungkus mutabak bawak balik haha.Mala ni ada nickname best masa form six...MALA NGUYEN. sebab dia putih melepak,mata sepet ,jadi kitorang gelar nguyen .Aku nya nickname CHERIBON sebab aku jawa huhu.

Masa jumpa ni sume bawak family kecuali mala sebab dia kata hubby dia pemalu tapi masa balik hubby dia join gak hubby2 kitorang borak,tak malu pun mala saja nak sorok hubby dia lah tu.Hubby aku memang sempoi,sama ngan MAI hubby rozie apatah lagi jumpa mutabak hilang malu terus mengah haha.Kalu dah lepak kat kedai apalagi sesi makan minum ni memang tak dapat dikawal la kan,hubby aku for sure belasah tak hengat dunio aku jeling2 gak tapi dia wat derk je.Siap balik aku kurantin nanti.......

Mujur malam tu tak ramai org sebab rozie kata ada pasar malam tapi suara kitorang berborak je dah meriah kalah pasar malam apa lagi aku yang kaki borak ni.Malam tu memang kalu bleh nak borak sampai lebam tapi ramai yg bawak anak ,esok nak sekolah sian bebudak tu asyik tanya bila nak balik tapi mak2 ghalit berborak!!Akhirnya sesi borak2 dan makan2 ditamatkan jam 10 setengah malam,sume nak balik tambah aku nak balik senawang .Siap wat lawak seram nak lalu highway LEKAS tempat arwah penyanyi ACHIK spin accident tapi masa lalu tu anak aku perasan tmpt accident tapi aku siang2 dah baca Al-Fatihah.

Aku pi singgah kejap umah rozie sebab jam anak aku tinggal pas tu rozie tunjuk koleksi perfume pulak,aku rembat dua botol brand HUGO ngan apa ntah lagi satu.Dan yang best aku dah jadi dealer perfume rozie..oklah tu dari fb jumpa kawan,makan mutabak pas tu wat bisnes perfume plak.Lepas ni tak tau apa lagi plan atau bisnes kitorang sebab ni baru jumpa 4 orang kalu 40 orang mau juta2 projek lepas ni!!!Tpi for sure kita dah plan reunion bulan july nt ...ala tak leh cepat skit ke tak sabar la lela...

Akhirnya balik dan sampai umah kul 12 lebih ,tapi sambung plak chat lagi hahakat fb la apalagi.
Aku sangat gumbira dan moga2 jumpa lagi lepas ni.Thanks geng bcoz refresh our sweet memories and hope to see u next time...bye......................

Monday, April 26, 2010

SUAMIKU YANG DEGIL........BUT I STILL LOVE U

HAHA...tajuk yang nakal dan gatal,hehe tau nape aku pilih tajuk ni.Sebab suamiku baru kuar hospital ari ni.Sebenarnya baru hari ni aku nak cite pasal suamiku masuk hospital sebab aku nak kira bape hari sampai dia kuar baru aku tulis ...haha .

Sebenarnya masuk hari ni (26 April) 6 hari suamiku masuk wad ,dia kuar pun dah petang tadi.Suami aku tu sepatutnya dah lama kena masuk wad tapi dek degil aku malas nak komen banyak-banyak.Nak tau apa sakit suami aku....haa lengkap package nya dari kencing manis,darah tinggi,kolestrol dan entah apa lagi yang aku lupa namanya.

Suami aku memang degil,kalau la rotan suami tu tak berdosa dah lama aku rotan dia!Sepatutnya dia pantang segala jenis makanan manis,berlemak,berkanji dan macam2 yang sewaktu dengannya tapi dia belasah je sume makanan tu tak hengat dunia!Tambah kronik bila dia pulak buat2 lupa makan ubat yang memang dah ada bagi kat doktor.Setiap kali aku tanya dah makan ubat lum memang dia cakap dah tapi sebenarnya dia tipu aku.Setiap kali aku pesan jaga makan ,jangan belasah ikut suka hati dia pulak yang marah aku macam aku ni zalim sangat tak bagi dia makan.Jadi bila dia sakit dan kena masuk hospital aku lah orang yang paling gembira sebab padan muka dia sebab dah kena penjara.Dok kat hospital saja penjara terbaik untuk suamiku yang degil...dia tak leh makan ikut suka hati dia dan makan apa yang ada kat hospital je.
Tapi aku sangat pelik sebab walaupun dah tiga hari masuk hospital ,blood sugar reading suami ku tak turun2,maka aku pun menyiasat...rupanya bila dia lapar dia turun ke bawah pi restoran mamak cari makanan!Dan aku terjumpa roti kacang merah,roti kaya yang dia beli malam2.Aku tidak sabar lagi dan aku mengamuk kat dia .Aku buang roti manis aku tukar dengan roti whole meal dan aku buat tuna sandwish letak salad dan tomato segar banyak2.Aku paksa dia makan dan tak bagi langsung makan nasi walaupun aku hantar lauk hari2.Dia jadi kucing makan lauk ikan dan sup sayur tanpa nasi.
Akhirnya berjaya juga suamiku menurunkan blood sugar dan akhirnya doktor bagi balik rumah bila dah rendah.Misi aku selepas ini adalah untuk menjadi garang dan lebih zalim dengan suami aku untuk mengawal apa yang dia nak makan.Kalau dia degil ,aku akan pastikan dia akan dapat hukuman .Sebenarnya aku sangat takut kalau suami aku jadi lebih teruk penyakitnya jadi aku terpaksa jadi zalim demi dia yang sangat aku sayang.Yang ....I sayang u ,kalau boleh biarlah kita sama2 dapat menyaksikan anak2 graduade dan u jadi wali nikahkan anak2 kita...amin........

Thursday, April 22, 2010

GERAM..........DGN KUCINGKU

KUCING-KUCINGKU...........yang jahat,nakal,berak merata ,kencing merata tapi camna nak buat aku geram ke ,marah ke, pukul ke.........sama jer dah namanya kucing bukan faham bahasa!!Tambah teruk ari hujan je dua tiga hari ni lagilah pening aku dibuatnya.Aktiviti aku setiap pagi untuk menguruskan badan takyah senam ...mengemop lantai je.Bukan sekali tapi berkali-kali sebab takkan kucing kencing berak sekali je.Tapi ok lah sebab dah banyak kg jugak aku hilang ni,tak makan ubat kurus pun cuma ngemop lantai je di samping keja umah yang lain.

Sekarang kucing aku dah tinggal 4 ekor jer,dulu ada 6 tapi sekor dah kena langggar ,sekor lagi dah pindah sebab selalu kena belasah.Memang aku belasah dia sebab dia pancut merata-rata ,tempat yang tak sepatutnya seperti rak pinggan,tong beras dan kat mana-mana suka hati dia.Setiap kali dia pancut aku kena basuh semula pinggan dan gelas.Melampau kan so kena belasah dan tak berani balik umah.Yang kena langgar tu tu yang paling aku sayang sebab dia paling cute dan pandai wat lawak ngan aku.Hobi dia bawak lari handphone aku sebab dia suka gigit talinya bawak lari,tau2 hphone bunyi tapi tak jumpa sebab kena sorok bawah kusyen,bawah katil dan mana-mana dia suka.Lagi satu dia selalu gigit damia ,baby yg aku jaga tu.Tapi damia gak yang suka langgar dia ngan walker kalu dia lepak atas lantai,memang lah dia hot sebab damia sengaja langgar ekor dia.Kengkadang tu sampai calar ,tau-tau dah menjerit jer damia tapi biasalah si demok tu bukan nak ngaku ,saje jer muka dia.Tapi yg sedih mak damia pulak yg terlanggar demok tu sebab dia ni suka masuk bawah keta ,dahla hitam,keta mak damia pun hitam sapa yang nampak ,aku dah halau ingat dia lari tapi dia pi bawah keta so dah arwah la si demok tu.Lama gak aku sedih sampai la ni kalu ingat arwah demok.

Yang jadi geng kamcing aku skang si kiddie ,kucing yang aku jumpa kat pasar dungun tu.Dia kuat tido ,gemuk dan bunyi dia pelik kalu dia nak manja ngan aku.Aku tak penah jumpa kucing bunyi mcm kiddie ni,bunyi ibu ayam panggil anak dia makan...kurr,kurr camtulah aku mmg gelak sebab tak sangka dia bunyi macam tu tapi memang kelaka ,pas tu dia suka tergolek-terlentang bila tidur ,lasak pulak tu dah la tido ngan aku dia pulak yang sepak bila kita terlanggar dia.Hubby aku selalu marah bila aku bawak kiddie tido ngan aku ,,haha jeles la tu.

Hidup aku tak boring sebab aku ada kucing,pagi lepas anak sekolah aku selalu main-main ngan kucing aku,mandikan dan bubuh bedak lagi.Kucing tu pun dah tak kisah aku marah-marah bila dia berak merata sebab walau aku marah pun aku tetap sayang...kucing pun tau kita sayang dia tapi aku penat la nak belajar bahasa kucing ni,puas dah aku cuba tapi failed .Bukan apa kalu boleh cakap bahasa kucing takyahla aku buang dan mop berak dia selalu!!!Anyway aku happy dgn kucing2 ku........

Sunday, April 18, 2010

AKU PRIHATIN............lama dah

SALAM......
sudah lama saya ingin menulis isu ini,semua orang tau,ramai yang beri pendapat ,dari orang biasa,menteri ,raja dan semuanya.Semua orang prihatin tentang isu ini tapi semakin orang prihatin semakin banyak ia berlaku malah semakin zalim dan menakutkan.

Isu buang bayi....ya saya memang sudah lama prihatin.Tak terfikir lagi apa yang mau dikata atau dikomen,semakin di beri liputan di media masa semakin banyak yang terpapar di dada akhbar.Sebak sungguh hati ini melihat bayi yang tidak berdosa di buang bagai tiada perasaan,kalau di letakkan elok2 apa salahnya meskipun sudah mati waktu dilahirkan ,hormatilah ia sebagai manusia.Tambah sebak bila memikirkan tubuh kecil yang tak tau apa2 menanggung siksa di gigit anjing,di hurung semut kalaulah dia masih hidup ketika itu.Bayangkan kita yang tua ini pun kelam-kabut mencari minyak panas jika digigit semut tapi bayi itu cuma menangis sampai hilang suara dan akhirnya terlantar sepi tak bernyawa.

Apa yang mesti kita lakukan lagi,sudah banyak pihak yang bersuara yang memberi berbagai cadangan tapi masih lagi isu ini berleluasa.Sudah ada banyak tempat rujukan untuk anak gadis atau wanita yang hamil luar nikah pergi untuk mengelakkan mereka dari terus berdosa.Malh ada tempat perlindungan yang memberi khidmat percuma ,datanglah apa salahnya anda buang rasa malu ,tertekan demi untuk menyelamatkan satu nyawa dan menghapuskan satu dosa.Kami di luar ini tahu perasaan malu yang anda alami tapi berilah peluang pada diri anda untuk menebus dosa dengan membiarkan bayi itu terus hidup dan tidak tersiksa.Cukuplah jika anda yang terlanjur dan menanggung derita tapi jangan heret bayi yang tidak berdosa itu....bayi itu tidak tahu apa-apa.

Masih ramai di luar ini yang masih simpati ,menuding jari mencari kesalahan itu tidak wajar lagi apatah lagi menghukum ibu yang terlanjur ini.Saya amat tidak bersetuju media mewarwarkan hukuman yang dijatuhkan kepada ibu yang membuang bayi,malah saya langsung tidak bersetuju dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka kerana pada pendapat saya inilah salah satu puncanya ibu yang terlanjur membuang bayi mereka.Mereka yang terlanjur itu sudah tentu tambah tertekan dan tenggelam punca ,hilang pertimbangan akal yang waras jadi kita yang masih waras ini lah yang sepatutnya menghulur tangan dan simpati,cukuplah mereka dimarahi dan dihina sebab tak pandai menjaga maruah diri,jangan tambah lagi tekanan persaan mereka.

Saya ingin berkongsi perasaan sebagai ibu dengan ibu2 di luar sana.Memang kita semua terlalu menyayangi anak2 kita,mendidik anak sudah kita jalankan dengan sempurna,memenuhi permintaan anak2 walaupun kadangkala keterlaluan dan memberikan segalanya.Tapi jangan salahkan anak dan jauhi mereka bila mereka terlanjur,membenci mereka apatah lagi mengusir mereka,berilah mereka peluang untuk membetulkan kesilapan malah ada kalanya kita sendiri yang membuat silap.Berkongsilah dengan anak kita walau apa pun cerita suka atau duka biar mereka tahu betapa dalam nya kasih sayang kita ,kerana sebusuk-busuk daging kalau dibasuh masih boleh di selamatkan...

Akhirnya saya berdoa moga tiada lagi bayi yang dijumpai mati selepas ini...amin.

Friday, April 16, 2010

"FACEBOOK" AKHIRNYA .....

Assalammualaikum...sejak post yang terakhir Cuti2 Malaysia sudah agak lama saya tidak menghantar sebarang post.Ada banyak sebab sebenarnya selain dari sibuk dengan urusan rumahtangga yang tiada noktahnya,rutin seharian dalam menguruskan rumah,anak-anak dan emak di kampung dan pelbagai insiden yang tidak pernah dirancang tapi muncul tiba2.Letih dengan rutin tersebut menyebabkan saya seolah-olah tak terdaya mengolah idea untuk menulis,apatah lagi bila usia mencecah 40an kemungkinan hormon saya tidak lagi aktif seperti dulu.Sebenarnya saya cuba untuk tidak mempercayai teori hormon itu tapi saya cuba menerima hakikat jika umur semakin meningkat,keupayaan akan semakin terbatas ,rasa letih,lesu dan malas apabila menguruskan rumahtangga semakin ketara dan akhirnya yang paling selesa adalah tidur selama yang boleh.

Tapi akhirnya hari ini saya kembali menulis,biarpun saya sedari mungkin tiada yang membacanya namun saya cuma ingin mencurahkan isi hati yang kadangkala tiada siapa yang sudi mendengarnya namun saya percaya luahan saya ini akan menjadi penawar pada saya daripada saya menyimpannya di dalam hati.

Tajuk yang saya pilih hari ini mungkin sudah outdated pada orang lain tapi sebenarnya amat baru pada saya.Kegilaan orang di luar sana pada facebook mungkin sudah lama tapi saya baru sahaja mengenali virus ini dan terus berjangkit tanpa ada penawarnya walhal sejak dahulu lagi saya memang buta IT dan jarang memberi perhatian pada facebook ini.Saya terpaksa mengaku akhirnya saya juga sudah melekat dengan facebook padahal sebelum ini saya selalu marah anak melayari internet hingga lewat malam dan awal pagi.Barulah saya faham kegilaan facebook ini tiada sempadan usia dan bila saya juga termasuk dalam golongan facebook tegar tanpa saya sedari!

Awalnya saya bertemu sahabat lama sewaktu sekolah di pasar lambak,biasalah selepas belasan tahun tidak berjumpa pasti seronok berjumpa malah bertukar nombor telefon agar dapat berhubung lagi.Macam-macam cerita nak dikongsi pasal anak,kerjaya dan pastinya kenangan manis zaman remaja dulu.Habis cerita sendiri pasti nak tau cerita rakan yang lain pula tapi biasalah dah terputus hubungan tiada siapa yang tahu mana nak cari kawan2 lama.Rupanya inilah detik awal saya terkena virus facebook kerana kawan yang saya terjumpa itu mencadangkan saya buka facebook untuk mencari kawan2 lain.Maka selepas itu saya memaksa anak membuka akaun facebook untuk saya dan saya juga telah membaca wall sahabat2 saya di facebook.Rupa2nya sudah ramai yang join dan yang lucunya ramai kawan2 mencari saya sebab saya ni agak popular juga sewaktu sekolah ....popular dengan kecoh dan mulut bising sebenarnya.Ada juga kawan yang komen ternampak saya di rancangan RODA IMPIAN tapi tak tau saya di mana .OOo ada juga yang ingat kat saya,perasan la pulak tapi itulah mulanya saya dapat contact semula dgn kawan lama...rasa seronok,terharu,terperanjat dan macam2 lagi sebab tak sangka dapat jumpa semula walaupun di alamaya saja.Sebenarnya sampai hari ni belum seorang pun dapat saya temui tapi kami dah berborak di chat box dan bergayut di telefon berpuluh kali .Tapi saya tetap rasa gembira kerana sudah hampir 20 tahun tidak tahu khabar berita tapi melalui facebook kami dpt berhubung semula.

Rupanya kegilaan saya pada facebook tidak terhenti setakat mencari sahabat lama malah berjangkit pula bila dapat join group yang lain.Bukan setakat chatting dgn sahabat lama tapi dapat pulak sahabat baru yang bermacam ragam dan paling seronok hari2 yang saya lalui amat gembira kerana tidak lagi sunyi dan bosan menunggu petang atau malam untuk tidur.Sekarang saya dah tak tidur petang,tidur malam semakin lambat dan bangun pagi tak sabar-sabar .Cuma saya risau kegilaan ini akan mengganggu urusan seharian tapi setakat ini alhamdulillah dengan kebijaksanaan pengurusan masa ,saya dapat mengatasi semua ini.

AKHIRNYA.....TERIMA KASIH FACEBOOK KERANA TELAH MENCERIAKAN HIDUP SAYA.