Friday, April 16, 2010

"FACEBOOK" AKHIRNYA .....

Assalammualaikum...sejak post yang terakhir Cuti2 Malaysia sudah agak lama saya tidak menghantar sebarang post.Ada banyak sebab sebenarnya selain dari sibuk dengan urusan rumahtangga yang tiada noktahnya,rutin seharian dalam menguruskan rumah,anak-anak dan emak di kampung dan pelbagai insiden yang tidak pernah dirancang tapi muncul tiba2.Letih dengan rutin tersebut menyebabkan saya seolah-olah tak terdaya mengolah idea untuk menulis,apatah lagi bila usia mencecah 40an kemungkinan hormon saya tidak lagi aktif seperti dulu.Sebenarnya saya cuba untuk tidak mempercayai teori hormon itu tapi saya cuba menerima hakikat jika umur semakin meningkat,keupayaan akan semakin terbatas ,rasa letih,lesu dan malas apabila menguruskan rumahtangga semakin ketara dan akhirnya yang paling selesa adalah tidur selama yang boleh.

Tapi akhirnya hari ini saya kembali menulis,biarpun saya sedari mungkin tiada yang membacanya namun saya cuma ingin mencurahkan isi hati yang kadangkala tiada siapa yang sudi mendengarnya namun saya percaya luahan saya ini akan menjadi penawar pada saya daripada saya menyimpannya di dalam hati.

Tajuk yang saya pilih hari ini mungkin sudah outdated pada orang lain tapi sebenarnya amat baru pada saya.Kegilaan orang di luar sana pada facebook mungkin sudah lama tapi saya baru sahaja mengenali virus ini dan terus berjangkit tanpa ada penawarnya walhal sejak dahulu lagi saya memang buta IT dan jarang memberi perhatian pada facebook ini.Saya terpaksa mengaku akhirnya saya juga sudah melekat dengan facebook padahal sebelum ini saya selalu marah anak melayari internet hingga lewat malam dan awal pagi.Barulah saya faham kegilaan facebook ini tiada sempadan usia dan bila saya juga termasuk dalam golongan facebook tegar tanpa saya sedari!

Awalnya saya bertemu sahabat lama sewaktu sekolah di pasar lambak,biasalah selepas belasan tahun tidak berjumpa pasti seronok berjumpa malah bertukar nombor telefon agar dapat berhubung lagi.Macam-macam cerita nak dikongsi pasal anak,kerjaya dan pastinya kenangan manis zaman remaja dulu.Habis cerita sendiri pasti nak tau cerita rakan yang lain pula tapi biasalah dah terputus hubungan tiada siapa yang tahu mana nak cari kawan2 lama.Rupanya inilah detik awal saya terkena virus facebook kerana kawan yang saya terjumpa itu mencadangkan saya buka facebook untuk mencari kawan2 lain.Maka selepas itu saya memaksa anak membuka akaun facebook untuk saya dan saya juga telah membaca wall sahabat2 saya di facebook.Rupa2nya sudah ramai yang join dan yang lucunya ramai kawan2 mencari saya sebab saya ni agak popular juga sewaktu sekolah ....popular dengan kecoh dan mulut bising sebenarnya.Ada juga kawan yang komen ternampak saya di rancangan RODA IMPIAN tapi tak tau saya di mana .OOo ada juga yang ingat kat saya,perasan la pulak tapi itulah mulanya saya dapat contact semula dgn kawan lama...rasa seronok,terharu,terperanjat dan macam2 lagi sebab tak sangka dapat jumpa semula walaupun di alamaya saja.Sebenarnya sampai hari ni belum seorang pun dapat saya temui tapi kami dah berborak di chat box dan bergayut di telefon berpuluh kali .Tapi saya tetap rasa gembira kerana sudah hampir 20 tahun tidak tahu khabar berita tapi melalui facebook kami dpt berhubung semula.

Rupanya kegilaan saya pada facebook tidak terhenti setakat mencari sahabat lama malah berjangkit pula bila dapat join group yang lain.Bukan setakat chatting dgn sahabat lama tapi dapat pulak sahabat baru yang bermacam ragam dan paling seronok hari2 yang saya lalui amat gembira kerana tidak lagi sunyi dan bosan menunggu petang atau malam untuk tidur.Sekarang saya dah tak tidur petang,tidur malam semakin lambat dan bangun pagi tak sabar-sabar .Cuma saya risau kegilaan ini akan mengganggu urusan seharian tapi setakat ini alhamdulillah dengan kebijaksanaan pengurusan masa ,saya dapat mengatasi semua ini.

AKHIRNYA.....TERIMA KASIH FACEBOOK KERANA TELAH MENCERIAKAN HIDUP SAYA.

No comments: